Saya seorang guru. Saya mempunyai masalah jantung. Saya telah menjalani rawatan di IJN sejak tahun 1996. Saya sering keletihan apabila menjalani rutin kehidupan setiap hari di sekolah dan di rumah. Guru alaf baru dituntut bekerja bukan sahaja dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembinaan sakhsiah pelajar. Di rumah ....bayangkan melayan kerenah tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang sedang membesar : aktif, inovatif, penuh rasa inkuiri dari pagi hingga ke petang.
Saya telah menjalani pembedahan membesarkan injap . Sehingga 2006 saya tidak pernah mengalami masalah yang serius berkaitan jantung saya, tetapi baru-baru ini kerana bebanan kerja yang memerlukan komitmen yang tinggi dan datang tidak putus-putus, saya berasa sakit dada yang tidak terhingga dan terpaksa menjalani rawatan kecemasan di IJN. Nasihat saya kepada semua pembaca agar menyayangi diri sendiri demi meneruskan amanah dan tanggungjawab kepada keluarga , bangsa dan agama. Simpati orang lain tidak akan berkekalan . Perihatinlah kepada rakan-rakan yang berpenyakit...
baca
17 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan